Sunday, 1 February 2015

INGIN MENCARI KERJAYA?

ASSALAMUALAIKUM.
KEPADA LELAKI DAN WANITA YANG INGIN MENCARI KERJAYA MENJADI TENAGA PENGAJAR DI AKADEMI MEMANDU DARUL TAKZIM.
TERHAD KEPADA 50 ORANG TERAWAL.
Syarat Permohonan Permohonan Kursus Pensijilan Pengajar Memandu (SPIM).
1. Warganegara Malaysia yang mempunyai dokumen pengenalan yang sah.
2. Berumur tidak melebihi 65 tahun semasa permohonan kursus.
3. Pemohon memiliki dan memegang lesen memandu bagi kelas lesen yang dipohon tidak kurang dari 5 tahun pada tarikh permohonan (tempoh 5 tahun termasuk Lesen Memandu Percubaan (PDL) dan masih berkuatkuasa).
4. Permohonan SPIM baru hanya bagi kategori lesen atau kelas lesen memandu B2, B1, B, C dan D sahaja.
5. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan dibawah APJ 1987 dan mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa.
6. Memiliki kelayakan seperti berikut :-
i. Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Am Pelajaran (SAP) atau setaraf dengannya dengan lulus tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
ii. Pemohon dari bekas anggota tentera dan polis yang tidak memiliki sijil SPM mestilah memiliki sijil QTO yang dikeluarkan oleh ATM/PDRM dengan kelaykan akademi sekurang-kurangnya SRP atau setaraf.
iii. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan kerajaan.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA DATANG KE AKADEMI MEMANDU DARUL TAKZIM ATAU DIAL 07-4293999

No comments:

Post a Comment